I'M BACK :)

assalammualaikum wbt semuaa orang . para blogger . para penjeguk blog syu . Alhamdulillah setelah sekian lama blog ni tak di update entry nya . akhir pada hari ini baru ada masa nak berupdate. hehe . Alhamdulillah juga ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk kita semua hamba hambaNya menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini . Alhamdulillah :) . Alhamdulillah jugak syu nak panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dalam tak sangka sangka syu dah abiskan dua tahun perjuangan untuk degree ni . tinggal lagi setahun sebelum dapat degree . In Shaa Allah semoga dipermudahkan segala galanya . amin :) syu sebenarnya nak lah cerita sikit kenapa blog syu ni lama tak berupdate . hihi . salah satu sebab nya ialah syu tersangatlah busy sejak dua tiga empat menjak ni . dan kalau korang nak tahu sebab utamanya ialah syu malas nk on komputer . Almaklum lah lepas daripada bateri laptop ni tertinggal kt rumah encik abang masa tolong dia kemas rumah hari tu so jadi malas lah nak on laptop sbb takut bil melambung kalau on 24 hours . kalau guna bateri tu takpe lah jugak . tak banyak guna karen . heee . selain daripada malas nk on dan busy . sebagai seorang pelajar yang komited *komited lah sangat* syu ni teramat lah busy dengan masa masa akhir sebelum final exam untuk sem ni bermula . sampai nak lepak dengan bff a.k.a girlprenn pun takda masa sangat walaupun rumah sebelah menyebelah . hah nampak tak komited nye disitu . lalala . Ramadhan kali ni bermakna lah sikit sebab lepas banyak tahun sambut Ramadhan single mingle kali ni berteman lah jugak *selain dari ibu ayah adik abangs* . nak kata feeling suka pun takda lah sangat tapi Alhamdulillah lah sebab merasa lah jugak berteman berboyfiee waktu Ramadhan . hahaha . Rezeki . hari ni pulak syu dapat news yang happy dari ibu kat kampung . ibu cakap my little gegirl *adik kesayangan* dapat masuk belajar jururawat under kementerian kesihatan *SPA* . Alhamdulillah rezeki adik . Rezeki family bulan Ramadhan . siapa sangka kan bulan Ramadhan ni bagi seribu satu barakah dalam hidup kita. okay lah syu rasa itu aja kot entry untuk kali ni . sebab syu takda idea nak menulis panjang panjang berjela . cukup lah masa STPM dlu buat karangan 750 ptah perkataan . patah jari jemari eden . haha *tetiba rindu waktu form six*. ada masa kita sambung di lain entry . In Shaa Allah . SELAMAT BERPUASA semua . Semoga RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA DAN DAPAT KITA LALUI NYA DENGAN SEMPURNA. AMIN :) 

Assalammualaikum
Salam Sayang _CM_

Kesibukan Yang Melanda

assalammualaikum semua orang . alhamdulillah akhirnya dapat jugak mencoret cerita baru di entry yang baru . lama rasanya tak mengupdate belog kesayangan syu ni . maklumlah busy. walaupun tak lah busy mana pun tapi disebabkan idea pun tak ada nak mencoret dalam belog ni so tu yang entri berlapuk saja yang duduk dalam belog syu ni. okay dalam entry ni syu nak kongsi sikit sikit lah sebab mengapa syu lama tak update entry ni . okay first sekali sesuai dengan tajuk entri ni iaitu kesibukan yang melanda. yerrr . sangat lah sibuk sejakk sejakk ni . maklumlah hidup sebagai seorang student yang berkaliber *hahha..kaliber lah sangat* syu busy dengan group projek , assignment , reka skrip untuk video mandarin dll . nak dikatakan hampir setiap hari busy dengan test and kelas and quiz and lain lain lagi . tak terkecuali jugak busy dengan encik abang dan gosip mosip mak jemahh bersama the girlfriends. okay habis cerita mengapa entry baru takda dalam belog ni sekian lama . so masuk pulak cerita cuti . yehaaaaa . akhirnya cuti juga seminggu . setelah penat lelah menghabiska minggu minggu yang busy so bermula cuti sempena hari gawai . lalalala . seronok nye hidup . tapi yang tak disangka sangka naik jer cuti gawai ni dah masuk week 12 . sedar tak sedaar dah nak abes semester 4 . sedar tak sedar dah nak dekat dengan final semester empat . sedar tak sedar dah nak puasa. Ya Allah cepat betul masa berlalu . tak terkejar rasanya . Allahu Akbar . semoga dipermudahkan segala-galanya . AMEEN . ya rabbal alamin . :) . okay lah syu rasa sampai sini je entry untuk kali ini . In Shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi dalam entry yang baru . TERIMA KASIH BANYAK BANYAK PADA SESIAPA YANG SUDI SINGGAH BLOG SYU YANG TAK SEBERAPA NI . *saja je capitalize kan ayat tu untuk menghargai korang korang yang rajin klik ^tabung kawin^ syu and singgah blog syu ni . sayang korang sume .*

#salam sayang _CM_
ASSALAMMUALAIKUM :)

Fitness Lover . Gym Lover

assalammualaikum semua orang . hayy hayyy hayyy . rasa dah lama sangat tak update blog . heeheh . yeeyeye . lepas cuti mid term hari tu syu dah kena struggle utk start diet balik . ahhaha . almaklumlah bila dah balik kampung mula lah makan tak ingat dunia . hahaha. makan aje makan aje . tu jelah kerja syu masa cuti mid term hari tu . hahhaa. so di sebabkan itu . semalam dua jam melepak kat gym . mencari fitness semula . hahaa. bakar balik lemak lemak dahseminggu smpn dlm peyut yang comel ni . hahaha . okay kat sini syu kongsi cikit gambar gambar kat gym semalam . haha . Alhamdullilah . hari ni ingat nak p jogging kt taman tasik tu je . xmampu nk p gym sbb tuan rumah nak datang rumah sewa . huhu . kacau betul lah tuan rumah syu tu . huhuhu .


*sebelum balik snap gambar dulu*

heheheeh . okay itu je . kbhai . hehehe . assalammualaikum semua . nak kongsi itu je. 
*lots of love _CM_*

Fefeling Healthy Lifestyle :)

assalammualaikum semua orang .yehaaa . di hari yang berbahagia ni syu doakan semua orang sihat dan dalam lindungan Allah swt . dan tak lupa jugakan kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa2 MH370 yang beragama Islam semoga mereka juga berada dalam lindungan Allah swt . amin . okayy , berbalik pada tajuk entry syu pada hari rabu yang hening ni . syu nak kongsi dengan korang yang syu dah berjaya turunkan berat badan lagi . 5 kilo . huhu . ade target 20 kilo lagi nak kena turunkan . lepas tu berazam untuk maintainkan pulak berat badan tu . huhuh . okayy . seperti yang syu pernah kongsi kat last entry yang syu nak kongsi resepi berkhasiat dgn korang kan . hehe . jom kita sesama amalkan menu sihat cara syu .


taraaa !!!! ni lah dia . salad bersos kan mayonis pedas . di sbbkan syu ni addict giler dgn makanan pedas lau xde pedas xnk makan kononnya so syu cari lah mayonis yg pedas . nasib baik jumpa . huhu . so ble buat salad xde lah muak sgt mkn mayonis. huhu . ingredient dia korang leh letak ape ape je yang korang suka . lau mcm syu . syu lebih prefer kubis purple , strawberi, tomato, apple hijau n kismis . tp lau korang nak tmbh buah buah or sayur sayur len pn xpe . ikut selera korang . ni lah lunch food syu sejak dua menjak ni . korang boleh try . sedap . sihat dan kenyang . lepas ni kena lebih fokus n jaga makan utk maintain bdn . huhu . tak lama lg nk jd pengapit . *asyik apit orang jer* . huhu .

okay lah . sampai sini je . nanti lau ade story menarik syu kongsi lg dengan korang okay . skrg dah mula nak busy dgn assignment . lau ade masa free syu update lg . thanks untuk yang menyinggah blog syu n baca entry syu . sayang korang semua . lau masa free syu blogwalking blog korang okayy . salam sayang . Assalammualaikum . *lots of love _CM_*

Positif !!!

assalammualaikum semua . entry ditaip dan direka masa tengah pepgai buta selepas berlepak dengan classmate hingga ke jam 12 malam lebih kurang . haha . okayy , sebenarnya entry ni dibuat or lebih manis direka untuk kongsikan kejayaan syu yang telah berjaya menghasilkan impak positif kat badan syu . cewahhh . ayat gua . haha . okayy , memula nak cerita hari tu *lama jugak lah* lepas raya puasaa tahun lepas berat badan syu bukan main lagi meningkat . macam di pam pam . hihi . sakit dan sengsara nye hati masa tu . yelahh . badan sudah jadi bambam . tapi walaupun badan dah bambam n sakit dan sengsara tahap kesedaran xpernah wujud lagi . heee . monolog dalam hati takpelah lama lagi nak kawen . so takpe kot badan bambam ni . lagipun orang kata badan bambam ni hati senang so takpelah tak kurus pun . dipendekkan cerita suatu hari tu timbul lah rasa kesedaran yang tah datang dari mana lah kan untuk menjadi slim melim . haha . kebetulan masa tu plak dengar khabar membe nak tunang n kazen nak kawen n mintak syu jadi pengapit dia . so terus bersemangat nak kurus . ahaha . so lepastu bermula lah kisah diet syu start akhir bulan 11 sampai lah sekarang . pertengahan bulan 12 tu syu dah mula stop ambil nasi . masa tu makan oat je pagi petang siang malam sampai house tanya " wehh , kau ni tak muak ke asyik makan oat je" . syu jawab je . tak . sebab dalam oat tu syu variasi kan dia . nanti syu bagi resepi okayy . okayy kedebak kedebuk dipendekkan lagi cerita tu syu tak makan nasi sampai lah akhir semester tiga lepas . sehari sebelum balik johor syu timbang berat . nak tengok apa hasilnya kan . dan tak disangka sangka lepas buang nasi dari kehidupan seharian syu , berat badan syu turun 10 kilo . mase tu . wowww . rasa macam tak percaya . tapi itu hakikatnya . dan sepanjang cuti semester ri tu syu still amalkan apa yang syu amalkan dulu . sampai lah hari ni . cuma syu tak timbang lagi berat dari hari last syu timbang berat ri tu . tapi ramai lah orang orang yang dekat dgn syu  hari hari tengok syu cakap syu semakin kurus . dan korang tahu tak yang banyak baju lama masa zaman muda remaja tu syu muat . size seluar yang sllu pakai skrg pun dah longgar . tak percaya . baju yang saiz dulu XL pn dah longgar . syu takkan buat baju XL tu . sbb dah longgar so secara tak langsung syu xde lah pakai baju ketat ketat kan . heee . untuk pengetahuan korang syu mmg ade amik supplement masa cuti sem ri tu but now syu kurangkan pengambilan 3 hari sekali drpd awal awal mase tu sehari sekali . dan syu masih buat n amalkan ape yang syu buat before before ni untuk maintain my posture . heee . okay ni ade lah sikit pic yang syu leh kongsi dengan korang tentang perubahan semasa syu . huhu . syu akan kekalkan semua ni sampai bila bila . huhu .


taraaa . heee . nilah imej yang syu leh kongsi dengan korang semua . 

syu nak ucapkan bebanyak terima kasih kat mereka semua :

1. geng daki gunung *rahmat,ana,zati*
2. supplier semangat syu *puan Haridah a.k.a ibu syu*
3. geng diet syu kt kampus *edleen*
4. n orang sekekeling yang kondem , bagi semangat kat syu untuk turunkan berat badan . heee . 

okayyy lah tu je lah entry kali ni . dah lewat ni . syu pun nak tidur . esok kelas pack . dr ku 8.30 pagi sampai 6.30 ptg . lepak lepak . In Shaa Allah ade rezeki kita jumpa kat entry baru nanti okay . assalammualaikum . lots of love *CM*

Segmen : Jom Blogwalking by HJ

Assalamualaikum. Peace Upon You



Klik banner untuk join

Syarat : 
  • Ada blog
  • Like fanpages  
  • Buat entry bertajuk " Segmen : Jom Blogwalking by HJ "
  • Copy paste code di blog HANA
  • Tinggalkan link entry di bahagian komen Hana.
Tamat : 30/03/2014 (last day cuti sekolah)

Biar Gambar Berbicara

assalammualaikum . cewahhh title entry . haha . okayy , lets the picture explain everything . heee . :)


jerebu dekat puncak alam masa minggu pertama n kedua semester baru . teruk . view ni syu amik dr level 8 & 7 dekat fakulti syu . kawasan kolej pun tak nampak dah . huhu . sedih sangat . masa ni berharap sgt UiTM dapat cuti . heee . :D


Alhamdulillah . hujan turun jugak kat bumi puncak alam sehari lepas syu snap pic jerebu kt fakulti . esok nya hujan turun dengan lebatnya . Alhamdulillah . Terima Kasih Allah . :) baru rasa nak cuti . tapi tak dapat sbb hujan dah turun . muehh muehh muehh . :D . papepun bersyukur sangat . :) pic ni syu snap dari aparment syu . huhu .


okayyy , ni pulak picture kat fakulti . nampak tak kat belakang tu . kabus . muehhh muehh muehh . sejuk time ni . akhirnya puncak alam is back . kabus kabus . sejuk . takyah nak g jejauh nak rasa sejuk berkabus . kat puncak alam je . masa ni fefeling ade kat overcea . heee . masa ni baru abes kelas petang . keluar kelas je tgok suasana kt luar pehh . teruja . terus snap pic . heee . Alhamdullilah . Terima Kasih Allah dengan rahmatNya yang satu ini . :)


next pic is all about "kabus". pepagi pemandangan kat kampus . hee . seghonok . pic ni snap before pergi UiTM Shah Alam . si gadis yang sebelah tu nama edleen . puncak alam is back with its own "suasana" huhu . *terok betul english aku* . haha . :D


yeayyy . ni pic masa kat uitm shah alam . *KAMI GADIS REDBULL* tagline baru kitaorang 4 org . heee . :D fun.. muka ceria memasing sbb dapat air free . hehe . okayy . mehh sini syu kenalkan korang kawan kawan syu ni . si baju kurung pink tu nama dia ekin , yang berbaju kurung merah tu aira *satu kampung dengan syu* , yang berbaju koperat pic bawah tu edleen . last sekali yg berbaju koperat berseluar jean tu takkan lah korang tak kenal kan . tu lah syu . heee . :D


last but not least . sesama lah kita doakan untuk semua crew n penumpang MH370 yang dah lebih dua minggu hilang . semoga dapat ditemui dengan segera . semoga Allah permudahkan semuanya . AMEEN :) *abaikan muka syu yang berkedut seribu tu . heee .*

okayyy lah . itu jer tuk entry kali ni . next entry . kejap lagi syu update . 
assalammualaikum . lots of love *CM*



Sekitar Cuti Semester Tiga

assalammualaikum semua wahai pembaca blog syu , kaki shout kat shout box syu , para jemaah followers yang follow blog syu . syu harap korang sihat selalu n dilindungi oleh ALLAH swt . In shaa Allah . hari ni hari terakhir bermanja manja dengan ibu ayah sebelum balik ke puncak alam untuk sambung semester baru .. wuuuu . sedih bangett . rasa nak nagis guling guling . tapi tak buat pun sbb xlarat nak guling sana sini . heee . okay,, nak mula dengan cerita ape yerr utk edisi cerita sekitar cuti sem tiga ni yeppp . hmmmm . tingg .. tinggg.. tinggg .. haaa !! ape kata kita mulakan cerita syu ni dengan lafaz Bismillah . heee . :D *gurau oke . gurau* . oke mula mula syu nak cerita awal cuti sem syu mulakan dengan cari kerja part time lah . huuu . ape lagi kalau bukan part time promoter kat pasaraya . cuma kali ni tukar selera sikit . kalau dulu biler cuti jer mesti akan g pacific utk jd part time promoter kat situ , tapi kali ni tukar selera sikit . kali ni syu jadi part time promoter kt parkson pula . oke . Alhamdulillah murah rezeki dpt jadi part time promoter kt situ . yelaa sbb kebanyakkan brand pun mmg nk guna part time sbb ade fair sempena CNY kan . so dpt lah isi masa terluang cuti sem ni . dua minggu pun jadi lah . huuu . nak di jadikan cerita , kebetulan masa CNY tu dpt cuti so cuti lah n kebetulan jugak masa tu EDAY kawan kerja syu masa syu jadi kerani tu , so syu pn jadi PA kwn syu tu sebelum , semasa n selepas majlis EDAY dia . seronok sangat sebab dpt tlg kawan syu tu . seronok uruskan majlis orang . heee . majlis syu ? majlis syu lama lagi nak uruskan . belum ade yang berani nak jumpa WAK JENAL syu and MAK DARA syu lg . heee . so lama lagi lah . uruskan jelah majlis kawan kawan dulu . heee . penat nye jangan lah cakap , penat sgt . lum majlis sendiri . lau majlis sendiri agknye lagi lah penat . heee . :D oke . abes dh cerita sal keje part time and EDAY kwn . next kita move ke cerita yang ketiga . okay lepas abes tempoh kerja tu , syu plak busy dengan majlis wedding kazen syu . kazen paling rapat . sbb kteorg besar sesama , sek rendah pn sesame , rumah dia pn sebelah umah atok syu , kteorg nakal pn sesame . banyak kenangan yang kteorg cipta bersama . so syu pun busy tolong dia dari sebelum , semasa n selepas majlis dia . jawatan yang disandang masa tu kazen , PA , n PENGAPIT dia . heee . tamak betul pegang banyak jawatan . heee . nak buat cmne dh diamanahkan macam tu . so terima lah dengan hati terbuka . huuu . sambil sambil tu amik berkat pengantin . mana lah tahu pas ni turn syu plak kan . heee . siapa tahu . Jodoh Rahsia ALLAH . hee . so kedebak kedebuk di pendekkan cerita cuti sem kali ni betul betul digunakan dengan sebaik baiknye lah . tapi dalam sibuk sibuk uruskan majlis kawan , majlis kazen , syu masih sempat curi sikit masa utk diri sendiri . bak kata manjakan diri sendiri . heee . syu sempat lah turunkan berat badan n kuruskan badan . heee . :D okay ,, rasanya sampai sini jer kot cerita cuti semester syu . ade masa syu update lg and In shaa Allah untuk next entry syu update gambar2 sekitar cuti semester syu . petang ni nak balik Selangor dh . tapi baju pun tak pack lagi . ni MEM BESAR dh balik kerja bising bising suruh siap , so kita jumpa kt next entry malam ni . In shaa Allah . oke bye Assalammualaikum . Sayang korang . muahhhh . :-*