I'M BACK :)

assalammualaikum wbt semuaa orang . para blogger . para penjeguk blog syu . Alhamdulillah setelah sekian lama blog ni tak di update entry nya . akhir pada hari ini baru ada masa nak berupdate. hehe . Alhamdulillah juga ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk kita semua hamba hambaNya menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini . Alhamdulillah :) . Alhamdulillah jugak syu nak panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dalam tak sangka sangka syu dah abiskan dua tahun perjuangan untuk degree ni . tinggal lagi setahun sebelum dapat degree . In Shaa Allah semoga dipermudahkan segala galanya . amin :) syu sebenarnya nak lah cerita sikit kenapa blog syu ni lama tak berupdate . hihi . salah satu sebab nya ialah syu tersangatlah busy sejak dua tiga empat menjak ni . dan kalau korang nak tahu sebab utamanya ialah syu malas nk on komputer . Almaklum lah lepas daripada bateri laptop ni tertinggal kt rumah encik abang masa tolong dia kemas rumah hari tu so jadi malas lah nak on laptop sbb takut bil melambung kalau on 24 hours . kalau guna bateri tu takpe lah jugak . tak banyak guna karen . heee . selain daripada malas nk on dan busy . sebagai seorang pelajar yang komited *komited lah sangat* syu ni teramat lah busy dengan masa masa akhir sebelum final exam untuk sem ni bermula . sampai nak lepak dengan bff a.k.a girlprenn pun takda masa sangat walaupun rumah sebelah menyebelah . hah nampak tak komited nye disitu . lalala . Ramadhan kali ni bermakna lah sikit sebab lepas banyak tahun sambut Ramadhan single mingle kali ni berteman lah jugak *selain dari ibu ayah adik abangs* . nak kata feeling suka pun takda lah sangat tapi Alhamdulillah lah sebab merasa lah jugak berteman berboyfiee waktu Ramadhan . hahaha . Rezeki . hari ni pulak syu dapat news yang happy dari ibu kat kampung . ibu cakap my little gegirl *adik kesayangan* dapat masuk belajar jururawat under kementerian kesihatan *SPA* . Alhamdulillah rezeki adik . Rezeki family bulan Ramadhan . siapa sangka kan bulan Ramadhan ni bagi seribu satu barakah dalam hidup kita. okay lah syu rasa itu aja kot entry untuk kali ni . sebab syu takda idea nak menulis panjang panjang berjela . cukup lah masa STPM dlu buat karangan 750 ptah perkataan . patah jari jemari eden . haha *tetiba rindu waktu form six*. ada masa kita sambung di lain entry . In Shaa Allah . SELAMAT BERPUASA semua . Semoga RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA DAN DAPAT KITA LALUI NYA DENGAN SEMPURNA. AMIN :) 

Assalammualaikum
Salam Sayang _CM_

No comments:

Post a Comment